Cintakan Dunia ataupun Gaza?
Saturday, November 24, 2012| 5:12 PM |
0
♥
Salamualaik..
Empat lima hari lepas, aku layari fesbuk dan aku lihat begitu banyak wallpaper
"Bebaskan Gaza" dan sewaktu dengannya.Aih, kenapa plak ni? Gaza kena serang lagi ke? Ntah, aku memang tak tahu sebab aku jarang tengok berita dan baca surat khabar. Jahil kan?
" Kau pun tak nak tukar wallpaper ke? " terdetik di fikiranku.
Ah, takpelah. Tak penting kot tukar wallpaper tu, yang penting aku doa untuk mereka. Solat demi solat tapi takde pun yang termasuk dalam doa aku
"Selamatkan Rakyat Gaza" sebab banyak benda lain nak dibuat. Bila dunia menjadi kiblat dan urusannya menjadi keutamaan melebihi mencari keredhaan Ilahi. Itulah manusia, itulah aku.
Malamnya pula, aku layari laman-laman web yang tak berfaedah kot aku rasa. Niat di hati nak cari kamera, so banyaklah juga nak kena study tentang harga, specification dan sebagainya. Bayangkan, mencari jenis-jenis camera saja sudah mengambil masa 3 malam. Aku langsung tak pedulikan sedara aku di Gaza, malah langsung tak terfikir nak ambil tahu. Kejam kan?
Pagi Ahad nya, aku tergerak hati untuk menonton tv yang jarang juga aku lakukan. Siaran Al-Hijrah menjadi pilihan. Alhamdulillah Allah telah membuka mata hati aku untuk menonton siaran tersebut dan memaparkan video kekejaman zionis terhadap rakyat palestin.
Masyaallah, sayunya hati ketika itu. Ya Allah Ya Rahman, betapa deritanya sedaraku di sana dan aku yang bahagia di sini langsung tidak ambil kisah. Langsung tidak ambil peduli. Tiada langsung sifat keprihatinan pada saudara seagamaku.
Ya Allah, barulah aku tersedar seolah-olah ditampar. Saat itu barulah aku berkata
kejamnya israel, kejamnya israel!! Ketika itu juga aku rasakan cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Mengalir air mataku. Mengapa mereka Ya Allah? Apakah dosa mereka?
Ya Allah, maafkan aku atas kejahilanku. Maafkan aku atas cintaku pada dunia melebihi cinta-Mu.
Saat sedaraku berjuang dengan kalimah "Lailahaillallah" aku sedang melayari web hanya ingin mencari sebuah kameraa!! Kejam kan? Ketika itu aku rasakan aku tak jauh beza dengan zionnis. Zionis padanlah dia memang kafir pun. Aku yang islam ni? Apakah aku seorang Islam?
Sorang muslim amat mengambil berat akan muslim yang lain? Tapi aku? Ah, semuanya sebab dunia, dunia dan dunia. Lalaii!!
Apakah yang telah aku lakukan untuk mereka?
Subhanallah, Ya Allah terima kasih menyerdarkan aku dari mimpi dunia ini.
Kata burung kecil yang terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakat Nabi Ibrahim :
" Memang aku tidak dapat memadamkan api itu tetapi sekurang-kurangnya aku telah menjalankan tanggungjawabku dan tidak berdiam diri apabila melihat kekesih Allah dizalimi oleh orang kafir dan aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak "
Dalam khutbah terakhir Rasulullah s.a.w menyebutkan :
"Ketahuilah bahawa setiap muslim bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh."
Apakah tanggungjawab aku terhadap saudara muslimku? Sumpah lepas ni aku dah takmo makan mcD dan minum air coke lagi.
"Ya Allah selamatkanlah sedara seislamku di Gaza, Bebaskanlah mereka dari kekejaman zionis, tabahkanlah hati mereka menghadapi dugaan-Mu dan berikanlah kemenangan-Mu kepada mereka" Aminn!!
Pulangkanlah semula senyuman mereka
Situasi yang aku ceritakan di atas berlaku sebelum peristiwa gencatan senjata Zionis laknat dan Palestin.
p/s : aku tak lah sesolehah mana tapi aku cuba untuk menjadi solehah, aku tak malu ceritakan kejahilan aku di sini sebab bila aku cerita ia menjadi peringatan buat aku dan ambillah iktibar atas catatan aku. Peace!!
Assalamualaikum, jawab okeh jangan tak jawab! Aku nak bagi pahala nih. Haahah
Perfectionist? Aku hanya manusia..
Thursday, November 15, 2012| 11:11 PM |
0
♥
Bismillahirrohmanirrahim..
Assalamualaikum..semoga semua berada dalam keadan yang baik.=)
Dua tiga hari ni fikiran aku serabut sangatt!! Ahh, serabot betol!
Bila buat silap, mula lah terbayang-bayang. Adakah aku seorang yang
sangat mementingkan kesempurnaan hah? Entah, aku pun tak tahu.
Read more »
|
Copyright ©