JSS BY FADZ


Disclaimer

Apa yang aku rasa, aku lihat, aku dengar. Andai ada pengajaran pelajarilah, jadikan teladan daripada kisah aku yang biasa

Perfectionist? Aku hanya manusia..



Thursday, November 15, 2012 | 11:11 PM | 0 ♥
  Bismillahirrohmanirrahim..

Assalamualaikum..semoga semua berada dalam keadan yang baik.=)

Dua tiga hari ni fikiran aku serabut sangatt!! Ahh, serabot betol! Bila buat silap, mula lah terbayang-bayang. Adakah aku seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan hah? Entah, aku pun tak tahu.




Hei! biasalah, kita kan manusia. Tak lari dari kesilapan, tapi masalahnya kesilapan ni melibatkan nyawa beb. Bukan setakat nyawa orang, nyawa aku, kerja aku pun boleh chow. Haishh!!naiyaaa-naiyaa..

Angpa pernah kerja dengan Kementerian Kesihatan or KKM? Bukan kerani atau yang kerjanya jenis menghadap  mesin kaku lah, tapi aku tanya yang hari-hari kerjanya hadap mesin special yakni mesin yang ada jiwa dan akal.

Ceritanya,okeh pasal  kerja aku yang makan gaji je. Yes, kerjaku sememangnya bermain dengan nyawa manusia and anything you do, everything must be perfect!!


Kalau tak main lari-lari ke sorok-sorok ke dengan nyawa orang, aku main dengan sikap manusia pulak. Jika ada yang tidak puas hati, dengan sukarela diorang akan komplen. Komplen, komplen,komplen!!

KKM adalah kementerian yang paling banyak komplen okeh! Kadang-kadang ada benarnya juga komplen tu, tapi...

Ada yang komplen secara berhemah sampai aku bertaubat untuk meningkatkan kemajuan diri tapi tak kurang juga ada yang komplen seolah-olah membenarkan kenyataan Charles Darwin yang manusia ni hasil evolusi dari beruk. Takde adab langsung!

Pokok pangkalnya kau kena perfect lah!! Tak kisah lah kau doktor ke, nurse ke pharmacist ke, ada orang kisah? Tapi betullah, melibatkan nyawa orang kan? Mana boleh salah langsung!

Wohoo..kadang-kadang err selalu juga lah aku rasa aku salah bidang lah.  Tukar bidang? Err memakan masa, tenaga, duit lah pulak. Dah sia-sia dah usia aku yang muda belia ni. Hehe

Aku ni dah la jenis yang cepat hilang fokus, selalu berangan. Lempab pun boleh tahan. Kesilapan kali ni nak kata boleh melayangkan nyawa orang tak lah tapi boleh mendatangkan ketidakpuasan hati. Apa dia kawan-kawan? Komplennn!! (macam budak sekolah jawab) Okeh, sangat pandai!

Oh Ya Allah, adakah ini dugaan atau hukum karma atas dosa aku yang lalu? Buatnya lah dia komplen dekat kepala bos dan kepala bos turun padang, memang kena menjawab la aku + buat surat explanation + kena marah ngan bos kecik memang kaw-kaw punya + jumpa patient mintak maaf = slight depression!

Minta maaf dengan kena marah aku tak kisah la sangat tapi buatnya ditukarkan aku ke tempat lain, tiada kenaikan gaji tahunan, ??? Memang kaw-kaw aku punya depression. Wuaa!! Camna nih?

Ni baru kes yang tak merosakkan nyawa orang, kalau rosakkan nyawa orang sampai over the end, lagi dasat!!

 Am i thinking too much hah? Dah tiada sesiapa aku nak luahkan sebab tu jadi begini kot?

By the way, perkara ini bukan salah aku dan juga bukan salah patient tersebut tapi benda nak jadi. Aku minta maaf sesangat.

The keyword is perfect! Perfect and perfect!! Memang  la practice make perfect tapi aku hanyalah manusia, just a human  okeh, aku manusia yang tak lari dari kesilapan dan aku tak akan dapat kejar kesempurnaan walau  macammana laju sekalipun aku lari.

Well, kalau orang nak komplen ke nak tukarkan aku ke, tak nak naikkan gaji aku ke, it's up to you. Buatlah apa yang korang rasa terbaik dan puas hati.

Aku akan belajar untuk tidak kisah sebab aku ada Allah.  He's the perfect one, He's my creator and He know what the best for me. Kerana Allah, aku akan belajar bahawa bukan dunia ini yang aku inginkan sebab dunia ini terlalu padat dengan kejahatan dan ketidakadilaan.



Aku inginkan dunia yang kekal abadi yang penuh dengan nikmat kebaikan yang tersangat indah! Aku akan belajar dan berusaha dapatkan tempat di dunia tersebut. Tak kisah la hukum karma ke dugaan ke yang penting aku akan tetap harunginya jua. Insyaallah..


" Ya Allah, andai inilah yang terbaik untukku, permudahkanlah segala urusanku.
Kurniakanlah kesihatan yang terbaik kepada semua pesakitku. Berilah rahmat-Mu kepada mereka. Aminn!! "


Lega sikit hati aku bila dah muntah kat sini.=D



p/s : Amacam? Ada lagi tak sapa-sapa nak jadi doktor or nurse ?Hahaa!
        Kalau aku jadi penemuduga, memang aku pilih yang hati kering tak makan  saman punya. Bukan yang hati rapuh tacing-tacing cam aku ni.


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee