Lama dah tak singgah sini kan? Bertahun rasanya. Jika sebelum ini saya pernah kongsikan kisah ibu saya sekarang ibu saya sudah tiada lagi. Al-Fatihah
Arwah ibu pergi tanggal 3 Disember 2015. Dah 8 bulan dah. Rindu tak usah cakaplah. Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada lagi.
Biarlah ibu saya pergi. Saya redha. Sudah lama dia menderita sampai satu tahap saya rasa biarlah dia pergi daripada dia terus menanggung derita.
Doa saya semoga arwah ibu ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman, dikurniakan kubur yang terang dan luas, jauh daripada azab kubur. Allah lebih tahu setiap perancangan kan? Apa yang berlaku pasi ada hikmah disebaliknya.
Banyak cerita banyak memori yang dikenang ingin dicoretkan tetapi masih belum punyai kekuatan untuk mengingat secara terperinci segala memori dan memahatkannya di blog ini. Terasa berat. Biarlah ia disimpan kemas di minda sendiri.