JSS BY FADZ


Disclaimer

Apa yang aku rasa, aku lihat, aku dengar. Andai ada pengajaran pelajarilah, jadikan teladan daripada kisah aku yang biasa

Di Hari Lahir Kekasihku



Thursday, January 24, 2013 | 11:11 PM | 2 ♥

Assalamualaikum wbt wahai sahabatku..=)

Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. 

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
 
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu.

 Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
 
"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat,  Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

 Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. 

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
 
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

 "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

 Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. 

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. 

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. 

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Lihat, betapa cintanya baginda kepada umatnya.

Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

                                                                                                                            credit to iluvislam.com
                                                                    ********
Situasi 1:

"Adakah kamu cintakan Rasul kamu?"

"Ya, saya cintakan rasul saya, Rasulullah. Sangat cintakan beliau."

"Kalau begitu, boleh kamu ceritakan kepada saya sejarah beliau?"

"Err..boleh!"

Boleh, tetapi tidak banyak yang aku ketahui, just basic apa yang belajar di sekolah. Kalau tahu  pun, ada banyak part yang lubang-lubang. Ingat dan tak ingat.

Setiap hari waima melakukan kerja rumah pun, hanya nyanyian  yang lagha berkumandang di bibir.

Bukannya berselawat ke atas baginda apatah lagi berzikir.

Adakah ini dinamakan cinta?

Situasi 2:

24/1/13=12 Rabiulawal 1434 ~ di hari yang sangat-sangat barakah ini.
Venue: apa sahaja shoping complex

Seorang anak gadis berjalan dengan lelaki bukan mahram berpegangan tangan malah berpelukan.

Dua orang anak gadis berjalan yang bertudung tetapi sendat baju dan seluarnya sehingga menampakkan apa yang wajib dilindungi.

Dua orang jejaka yang melepak sambil menghisap rokok dengan  mata yang melilau melihat para gadis lalu-lalang  tanpa menjaga adab pandangan.

Sebuah keluarga yang berjalan-jalan dan menonton wayang sehingga meninggalkan waktu solat.

Dua kumpulan remaja yang bergaduh hanya disebabkan berbeza pendapat walhal mereka berada dalam agama yang sama, Islam.

Adakah ini juga dinamakan cinta?

                                                                     **************

Cintakah aku kepada Baginda?

Cinta...

Tetapi, cinta yang diungkap tidak sama dengan perbuatan.

Ya Rasulullah...

Betapa agungnya cintamu kepada umatmu sehingga di hujung nyawamu engkau masih menyebut nama kami, Ya Rasulullah...

Aku malu..
Malu kepadamu, Ya Rasulullah
Kerana cintamu padaku melebihi cintaku kepadamu.
Aku tidak mengingatimu Ya Rasulullah
Aku tidak berselawat ke atasmu Ya Rasulullah
Aku sering meninggalkan sunnahmu Ya Rasulullah
Namun aku masih mengharapkan syafaatmu Ya Rasulullah!!
Masih mengharapkan syafaatmu.
Kami berhutang budi padamu Ya Rasulullah,
Dan Engkau mengharapkan kami membalas budimu dengan mengikut sunnahmu,
Tetapi kami ingkar!! Ingkar, Ya Rasullullah.
Ampunkan aku Ya Allah..
Ampunkan aku Ya Rasulullah...

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW

                                                                 *************

Kita mengaku cintakan Rasulullah tetapi adakah kita cintakan beliau dalam ertikata yang sebenar?

Adakah kita sentiasa membasahkan bibir kita bezikir keatas baginda setiap hari?

Ungkapan di bibir tidak sama dengan perbuatan harian kan? Tidaklah semua orang tetapi adalah juga golongan ini.

Rasulullah sentiasa memulakan sesuatu dengan Bismillah dan mendahulukan yang kanan dalam setiap urusannya.

Nabi S.A.W pernah menasihati seorang lelaki,
“Jangan makan dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya.”
 Rasulullah sentiasa berbuat baik kepada manusia walaupun manusia itu sering menghina beliau. Ingat kisah Rasulullah dan perempuan tua yahudi buta?

Adakah kita mencontohi Baginda?

"Eleh, Baginda kan Nabi. Tak terdaya kami nak jadi seperti beliau."

"Kami ni manusia je, mana ada yang perfect!"

Terdaya ke tak berdaya ke tak penting, apa yang penting, adakah kita CUBA untuk mencontohi beliau?

Bila sudah CUBA mencontohi beliau, adakah kita ISTIQAMAH dalam melakukannya?

Paling lama pun seminggu, lepas tu sendiri paham. Aku tak kata orang. Aku sendiri pun macam tu juga.

Oleh itu, marilah kita contohi sifat beliau dan istiqamah dalam melaksanakannnya. Mencuba ikuti sunnah baginda.

Aku bukan wanita yang soleh tetapi aku memang nak jadi solehah. Sungguh!!

"Hahha, lawak ah ko ni, cakap memang ah senang, tapi nak buat tu bukan senang seperti yang dicakapkan tahu tak?"

Yup aku tahu,sebab aku juga mengalaminya. Bukan senang nak berubah ke arah kebaikan. Kebaikan juga adalah kebenaran dan kebenaran sememangnya pahit untuk ditempuhi.

Hidup : " Kenapa manusia cintakan aku, tapi bencikan kau? "

Mati : "Sebab kau adalah tipu daya yg indah. Sedangkan aku adalah kebenaran yg pahit..


Yup, kebenaran memang pahit. Okeh, macam melalut la pulak, nanti aku buat entri pasal berubah ni yer? Hehe


"Moga Allah beri hidayahmu wahai saudaraku dan kekalkan semangat istiqamah kamu dalam berubah." Amiinn!!  (doa untuk aku sekali ni, =D )

 You're my muslim brothers/sisters so i'll pray for you and love u!! 

=)

Salam sayang- Sayangku Raihana






|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee