JSS BY FADZ


Disclaimer

Apa yang aku rasa, aku lihat, aku dengar. Andai ada pengajaran pelajarilah, jadikan teladan daripada kisah aku yang biasa

I'm not single



Wednesday, January 09, 2013 | 11:46 PM | 0 ♥
Assalamualaikum sahabat!!

Wah-wah tajuk, kemain lagi kan? hehe. Lama tak update. Guwa pun tak tahu la kenapa guwa lama tak update. Guwa takde jawapan untuk itu. Malas nak taip boleh? Hahah

                                                                       ****
Selalu ada orang tanya guwa..

"Bila nak kawen?"
"Tak sabar nak makan nasi minyak ang!!"

"Cepat-cepat lah kawen!"

Okeh, ni jawapan guwa..

"Guwa masih muda, 22 tahun kot!"

"Takde duit!"

dan

"Guwa takde boypren. Noktah!"

"22 tahun takde boypren? Ko biar betul! Budak darjah 6 pun dah pandai boypren- goypren ni hah"

Betul, guwa tak tipuuu! Zaman memang moden tapi bukan guwa. Guwa masih kampung girl. Hehe

In fact, guwa memang takde kawan lelaki. Dalam phonebook guwa, nama lelaki yang ada cuma sedara-mara guwa jer.


Guwa tak pandai nak bermesra-mesra dengan lelaki macam member perempuan guwa bergurau-senda dengan member lelaki dia, atau ngorat-mengorat nih siyesly guwa memang fail!

Sometimes guwa malu juga, yelah..bila tengah takde kerja ke, tunggu something/someone ke, member guwa main mesej ngan pakwe dia. Lepas tu senyum atau gelak  sorang-sorang. Guwa? Ermm cuba mengira manusia, haiwan, kereta atau apa sahaja yang lalu lalang dengan bersungguh-sungguh.

Err, adakah guwa ni gadis yang tak laku? hehe. Entah!! Ermm, biarlah! Sekurang-nya dalam zaman yang canggih-manggih ni tangan guwa terpelihara dari dosa berpegangan tangan bukan mahram. Syukur juga kan?

Dan atas sebab itulah munculnya prinsip BERCINTA LEPAS KAHWIN! =D



Bila guwa jawab guwa mahu bercinta lepas kawin pada empunya soalan, automatically diorang bagi feedback yang negatif. 98% cakap "Kenal dulu baru kawen" ataupun dalam bahasa yang senang nak faham "couple dulu baru kawen".

Cis, bukannya nak bagi support kat guwa pun! Ingat guwa tak takut ke kawen dengan stranger nih? Seriously, tak kenal (baca tak kapel okeh) pastu kawen. Bila dah tidur sebantal baru tahu lelaki tu panas baran ke kaki pukul ke, dan macam-macam lagi lah yang benda yang pelik-pelik keluar!

Tapi satu jer guwa pegang, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. If guwa dapat laki yang tak baik, dugaan Allah la tu kan? Guwa  redha dan guwa akan cuba redha. Allah will always be by my side. He loves me. Desperately always loves His servant!

Dan guwa terfikir, diorang nih nasihat guwa seolah-olah diorang tak yakin dengan jodoh yang Allah dah tentukan. Kan kita digalakkan solat istikharah sebelum membuat sesuatu keputusan?Itu lah yang guwa nak buat, guwa nak solat istikharah sebelum guwa setuju terima lamaran stanger tu. =_=

Guwa percaya dengan pilihan yang Allah beri pada guwa. Sebab itu guwa serah 100% kepada-Nya. Err tapi stanger tak stranger sangat la. Asalkan mak ayah guwa kenal dia, kenal family dia dan suka dia, itu dah memadai dah walaupun guwa tak pernah dengar pun nama dia. Heheh



But kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. 

XOXO =D


|


Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee