JSS BY FADZ


Disclaimer

Apa yang aku rasa, aku lihat, aku dengar. Andai ada pengajaran pelajarilah, jadikan teladan daripada kisah aku yang biasa

Berat dan Rindu



Sunday, August 21, 2016 | 11:16 PM | 0 ♥
Haiii Assalamualaikum,

Lama dah tak singgah sini kan? Bertahun rasanya. Jika sebelum ini saya pernah kongsikan kisah ibu saya sekarang ibu saya sudah tiada lagi. Al-Fatihah

Arwah ibu pergi tanggal 3 Disember 2015. Dah 8 bulan dah. Rindu tak usah cakaplah. Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada lagi.

Biarlah ibu saya pergi. Saya redha. Sudah lama dia menderita sampai satu tahap saya rasa biarlah dia pergi daripada dia terus menanggung derita.

Doa saya semoga arwah ibu ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman, dikurniakan kubur yang terang dan luas, jauh daripada azab kubur. Allah lebih tahu setiap perancangan kan? Apa yang berlaku pasi ada hikmah disebaliknya.

Banyak cerita banyak memori yang dikenang ingin dicoretkan tetapi masih belum punyai kekuatan  untuk mengingat secara terperinci segala memori dan memahatkannya di blog ini. Terasa berat. Biarlah ia disimpan kemas di minda sendiri.

Sekian.

Ya Allah, kuatkan hatiku



Sunday, August 11, 2013 | 7:06 AM | 0 ♥

Dear Diary,

Pernah tak awak rasa sedih sesangat? Rasa putus harap? Rasa putus asa? Awak tahu, merasainya dalam satu masa membuatkan saya rasa letih sangat. Letih sangattt.



You know right my mum have ESRF means (Ending Stage Renal Failure) . Dr cakap kidney my mum yang berfungsi hanya tinggal 8%.


8% tu doc cakap masa Mei 2013, now dah Julai 2013. Tak tahulah berapa yang masih berfungsi sekarang.

I don’t know what cause of my mum’s disease.


But before this, she always getting UTI (urinary tract infection) dan dia adalah juga minumair akar kayu, makan manjakani sebab dia selalu berubat kampung like bidan and bidan cakap my mum punya peranakan kebawah la dan something like that la.


So tak tahu apa penyebab dia. UTI berulang kali dan teruk juga boleh effect pada buah pinggang.


Ubatan tradisional pun kemungkinan tetapi orang zaman dulu-dulu makan je segala akar dan herba, takde lah pula sakitnya. Sihat lagi ada.


Kalau tak percaya tengok la orang tua-tua, umur 70-80 tahun pun masih boleh berjalan lagi walaupun bongkok dan lambat. Diabetis pun dapat detect bila da tua-tua, bukan masa umur 40 tahun seperti sekarang.


Kalau fikir sebab dan cari punca pun tak guna juga kalau Allah dah nak bagi sesuatu musibah, sekelip mata aje.


Yup diary, saya tak pernah terfikir pun yang emak saya akan dapat sakit buah pinggang. Tup tup tup, sekali dia demam, kami ingatkan denggi tetapi rupanya CKD( chronic kidney dieasease) at first diagnosis.


Macam-macam ubat dah kami cuba, dengar aje orang kata tempat nih elok terus kami pergi.


Now saya bawa mak saya berubat herba dan perawatan ayurveda dengan Dr Lokman di Bangi.


Doc cakap dia boleh rawat untuk my mum sembuh dalam masa 6 bulan. Sekarang baru 1 setengah bulan my mum rawat dengan dia.


Dan minggu lepas juga saya cek darah my mum.


Doc Luqman kata unsur api yang ada pada my mum da berkurangan. Yer diary, perubatan ayurveda diorang translatekan dalam bentuk tenaga dan unsur macam angin, api, air dan tanah.


Ini result dia:



Result Mei 2013 Julai 2013

Haemoglobin (Hb)

9.2

4.7 ( yer diary, this is severe anaemia. pesakit buah pinggang memang Hb akan low yakni anaemia dan anaemia yang teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung)

Creatinin 830
819 ( turun sikit ja, macam kebetulan tapi mungkin permulaan kot)



ESR

? 87

87( normal esr bwh 20 kot tapi tgk my mum punya tinggikan? Doc kata klu esr menurun menunjukkan tubuh kearah positif tapi yang sebelum ni tak berapa confirm jadi tak dapat buat kesimpulan lagi.














Pagi tadi selepas sahur ayah kata ESR my mum sebelum ni pun 87.


Saya  tak nengok lagi result ESR Mei 2013 sebenarnya jadi saya pun tak boleh nak confirmkan lagi.


Walaupun belum confirm tapi rasa macam arggghhhhh!!!


Adakah semua usaha selama ni sia-sia? Kenapa orang lain berubat sembuh tapi kenapa my mum tak juga sembuh-sembuh? Maksud saya tak la sembuh tetapi at least ada la penurunan creatinin dan ESR.


My mum pernah berubat dengan pak imam di Beranang dan disitu ramai testimony dari pesakit buah pinggang sendiri yang buah pinggang mereka sudah sembuh.


Tetapi kenapa emak saya tak diary???
 

Rasa macam sia-sia je saya berharap!! Sia-sia ja saya berdoa, buat baik tapi Allah tak nak dengar pun doa sembuhkan buah pinggang mak saya.
 

Orang kata doa depan Kaabah makbul tapi emak saya doa depan Kaabah tapi Allah tak dengar pun!!


Rasa macam malas dah nak buat baik, rasa putus asa teramat sangat!


Rasa macam malas da nak berubat, payahnya Allah nak sembuhkan kidney mak sayaaaa!


Apa yang orang cakap bagus semua saya cuba dan pergi, habis tak sembuh pun sakit emak saya ni, saya nak berubat di mana lagi diary?

Saya menangis sepuasnya  pagi tadi.


Sedihhh!!!.


Datang kerja pun fikiran terganngu dan hati tak tenang.


Saya ingin percaya pada ketentuan Allah, ini adalah ujian darinya tapi bukan semudah yang disangka.


Perit dan susah untuk terima.


Dear Diary,


Saya tarik nafas dalam-dalam. Satu suara hati yang paling dalam memujuk saya.
 

Mungkin saya tidak cukup doa.


Doaaa.


Yup, memang saya berdoa selepas solat waktu tetapi tidak dengan solat hajat, tidak dengan solat taubat.


Hati ini ingin sangat berqiamullai tetapi bila kepala bertemu bantal amat susah untuk saya bangun melaksanakannya.


Mungkin inilah jalan yang Allah ingin tunjukkan. Dia gertak saya supaya saya sedar dari lena.



Buat masa ini perlahan-lahan saya suara hati saya memujuk minda .


Saya tanamkan dalam diri ini bahawa ini ujian Allah.


Allah ada bersamamu.


Allah ada bersamamu.


Allah dengar kata hatimu.




Ingatlah ayat ini wahai hati.


Teguhkan imanmu, teguhkan hatimu.
 

Ayat 5-8, Surah As-Syarh:

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesunggunya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan ) tetaplah bbekerja keras ( untuk urusan yang lain ) dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”





Salam sayang, Raihana.





Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.Re-edited by NayliIdzwati. With little helped of CikGee